Saturday 2 March 2013

TANDA2 KEKURANGAN PROTEIN

ADAKAH ANDA KEKURANGAN PROTEIN??JOM CEK!!


Rambut terbelah atau kuku rapuh
  • Perhatikan rambut dan kuku anda. Tanda kekurangan protein selalu mengambil masa yg lama untuk dikenalpasti kerana tubuh menggunakan protein yg tersimpan jika protein dlm diet harian tidak mencukupi. 

brittle nail akibat kekurangan protein

Keletihan melampau, penat dan banyak tidur
  • Beri perhatian pada paras tenaga, seperti keletihan melampau, terlalu banyak tidur dan sering berasa malas, penat dan letih adalah tanda yang anda mungkin memerlukan sesuatu untuk meningkatkan level protein dalam tubuh anda.

   
Sembelit
  • Tanya diri anda samada sering mengalami sembelit atau tidak. Banyak perkara boleh menybabkan berlakunya sembelit dan salah satunya adalah kekurangan protein.

Perkembangan otot yang tidak sempurna
  • Perhatikan pertumbuhan otot anda, semakin membesar atau tidak. Jika tubuh tidak mendapat bekalan protein yang cukup, ia tidak mampu membina dan mengekalkan tisu otot secara sempurna. Tambahan, protein disimpan di dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh dalam kes2 tertentu. Jika otot anda kelihatan lebih menggeleber (flabby) daripada biasa, anda mungkin perlu lebih banyak protein dalam diet harian.

Tekanan darah rendah
ESP mengatasi masalah kekurangan protein
  • Periksa kadar jantung anda secara tetap, segera dapatkan rawatan jika ia jatuh ke bawah 60 denyutan per minit. Tekanan darah rendah adalah satu daripada tanda kekurangan protein dan ia adalah penting kerana ia mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan jantung anda.

PERINGATAN!!
Berhati2 dan jangan benarkan kekurangan protein menjadi kebiasaan, kerana kesannya boleh jadi lebih drastik. Dalam kes yang lebih ekstrim, pertumbuhan mungkin terencat, selalunya dalam kanak2 dan boleh menyebabkan retensi bendalir secara drastic, kegagalan mental dan masalah kulit.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
  1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  2. Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  3. Liver (penyakit hati) 
  4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  5. Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  11. Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  12. Irritability (Badan menggeletar) 
  13. Fatigue (Letih lesu) 
  14. Weakness (Lemah) 
  15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 
  17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Sazrina
0192866981
ID893512
FB fan page: Safiyyah's Store


No comments:

Post a Comment