Monday 21 October 2013

Waktu-waktu mustajab berdoa

SHARING: Sibuk-sibuk bershaklee jgn lupa banyakkan doa. Semoga Allah murahkan rezeki kita dalam segala hal. Zuriat, pekerjaan, jodoh, kebahagiaan :)

Terdapat 22 waktu dimakbulkan do’a ialah :

1.Berdo’a sewaktu hujan turun.

2.Ketika hendak bersolat berdasarkan hadis diatas.

3.Selesai membaca al-Fatihah dalam solat.

4.Selepas mengucapkan ‘Amin’ apabila selesai membaca surah al-Fatihah.

5.Pada waktu tengah malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.

6.Waktu di antara azan dan iqamah.

7.Ketika sujud dalam solat.

8.Selepas berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dalam tahiyat akhir.

9.Selesai solat fardu.

10.Sepanjang waktu berpuasa.

11.Malam al-Qadar berlaku pada bulan Ramadhan.

12.Ketika khatam 30 juz al-Qur’an.

13.Sepanjang hari Jumaat itu, dengan harapan bersua dengan waktu mustajab do’a.

14.Sepanjang perjalanan semasa bermusafir.

15.Pada hari ‘Arafah iaitu 9 Zulhijjah.

16.Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah haji atau umrah.

17.Ketika iman meningkat kerana berbuat taat.

18.Waktu menerima ujian.

19.Ketika berperang kerana Allah.

20.Ketika menghadiri penyelenggaraan jenazah.

21.Selepas saat kematian seseorang.

22. Ketika ayam berkokok.

Kurang berdoa tandanya kita orang yang sombong. Sombong untuk meminta dari Yang Maha Kuasa. Merintih pada Nya tanda kita berserah diri dalam segala hal. Hanya Dia yang menentukan segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment