Sunday 15 December 2013

HERBAL BLEND - MULTIPURPOSE CREAM & PARABEN FREE

Assalamualaikum... selamat pagi
Mengira stok yang ada, baru saya perasan saya berlebihan HERBAL BLEND. Ada 4 tiub semuanya.

Buat pengetahuan anda Herbal blend sudah habis di semua branch. Krim 'ajaib' ini mampu untuk:
  • Menghilangkan gatal akibat digigit serangga (Sesuai untuk bayi mahupun ibu bapa)
  • Menghilangkan ruam bayi
  • Melicinkan tapak kaki, Menghilangkan rekahan di tapak kaki
Herbal blend ni Paraben Free tau.

Apa itu Paraben?
Paraben adalah sejenis bahan sintetik pengawet untuk melawan bacteria dan kulat dan digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu.

Paraben membantu produk-produk tersebut tahan lama; tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk tersebut.

Melalui hasil tulisan Dr. Zubaidi, dalam laman blog beliau:
Paraben mempunyai struktur hormone estrogen. Oleh itu dikhuatiri Paraben juga boleh menggalakkan sel-sel kanser dalam tisu payudara. Sepertimana yang diketahui hormone estrogen boleh menggalakkan pertumbuhan kanser payudara.

Namun begitu, masih belum ada kajian dan bukti saintifik yang menunjukkan bahawa kehadiran paraben dalam alat kosmetik menyebabkan kanser payudara.

Industri kosmetik masih berpendapat paraben adalah selamat digunakan dengan syarat mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu kandungan paraben seharusnya tidak melebihi kepekatan sehingga 0.4% pada setiap produk kosmetik

Apakah kesan yang mungkin timbul akibat pengambilan produk kosmetik atau harian yang mengandungi lebih 0.4% paraben?

Kesan pada bayi
Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna.

Maka akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben.

Kesan pada orang dewasa
i.       mempercepatkan proses penuaan kulit
ii.      meningkatkan risiko wanita membangunkan estrogen-positif kanser payudara
iii.     mengganggu sistem pembiakan lelaki

Pilihan di tangan anda.
Berminat? PM saya
Tel/wassap: 0192866981
Lebih info di: https://www.facebook.com/luvlyheadband @ Safiyyah's Store

No comments:

Post a Comment