Saturday 22 February 2014

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN

Post kali ni lain dari sebelum ni. Kenapa? sebab semalam saya ada mengikuti bengkel pengurusan kewangan. Ok... Antara tips yang saya dapat dari penceramah tersebut ialah:

1. Jika mahu kaya, dompet kena besar, duit dalam dompet kena banyak.
Tak faham?? Ok... maksudnya begini.. kita selalu bermohon kepada ALLAH supaya dimurahkan rezeki yang banyak...tapi bersediakah kita kalau dompet itu kecil? Pada pandangan saya dompet yang besar mungkin sekadar kiasan. Sebenarnya ALLAH tahu apa yang diminta oleh hambanya. Tapi sebagai hamba adakah kita bersedia untuk menerima apa yang akan diberikan oleh ALLAH kepada kita? Maksudnya kegunaan rezeki tersebut untuk apa? Jika persediaan ke arah kebaikan pastinya Allah akan menunaikan hajat kita.

Duit dalam dompet kena banyak? Siapa yang tidak suka duit? Semua orang suka duit. Kajian di barat ada menunjukkan terapi duit yang dipakai kepada seorang pesakit mental menunjukkan tindak balas positif. Jadi Pastikan kita sentiasa mempunyai duit yang banyak dalam dompet.

2. Jadikan 'duit bulanan' kepada ibu dan bapa sebagai satu perkara yang wajib. Jangan bila bulan tersebut berbelanja besar, wnag bulanan kepada ibu bapa terpaksa di potong atau tidak diberi langsung. Mungkin pada ibu bapa kita, mereka faham & tak kisah. tapi sekiranya wang bulanan yang kita beri itu lah yang digunakan untuk membayar bil elektrik dan air saban bulan... jika kita tak beri dengan duit apa yang mereka nak bayar untuk bulan tersebut? Fikir ye... banyak atau sedikit.. jgn lupa beri pada ibu bapa. 

3. Shopping hanya meng'kaya'kan sedikit diri kita. tetapi lebih mengkayakan orang lain.


Ini adalah antara tips pembahagian kewangan yang anda boleh anda ikut:

• 55% adalah untuk necessity (NEC) perbelanjaan pelbagai, duit ini dibelanjakan seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil dan perbelajaan harian keluarga.
• 10% adalah untuk Financial Freedom Account . Ia merupakan satu tabung di mana tabung ini merupakan bukan untuk perbelanjaan tetapi untuk pelaburan. Disiplinkan diri anda untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang ini.
• 10% untuk Long Term Saving for Spending (LTSS). Simpanan ini adalah simpanan bagi mengisi keinginan pada masa akan datang. Contohnya, simpanan ini boleh digunakan untuk mengerjakan ibadat haji bagi yang beragama islam.
• 10% untuk pendidikan. Simpanan ini digunakan untuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri ataupun keluarga.
• 10% untuk Play Fund duit ini digunakan untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, membeli pakaian baru dan sebagainya.
• 5% untuk kebajikan atau derma. Simpanan ini digunakan sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, baik juga kiranya sebahagian daripadanya untuk aktiviti kebajikan atau menderma kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan pertolongan kita sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Simpan dahulu sebelum membuat perbelanjaan lain :D



No comments:

Post a Comment