Wednesday 4 June 2014

TIPS MAKANAN & CARA MENGGALAKKAN KANAK-KANAK MAKAN

ANAK TAK MAHU MAKAN??

Tip Makanan Untuk Anak Kurus :

♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.
♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.
♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.
♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.

Panduan Menggalakkan Anak Makan :

♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.
♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.
♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.
♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.

Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :

♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.
♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.
♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.
♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.
♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.
♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.

Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?

♦ Bermasalah dengan gigi.
♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.
♦ Terlalu banyak bermain.
♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.
♦ Tidak berselera untuk makan.
♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.

SHARE DARI: http://pama.karangkraf.com/bayi/anak-enggan-makan-1.20952


Ingin mendapatkan supplemen untuk anak anda yang tidak suka makan? terlalu kurus & memilik makanan? Supplemen berbentuk tablet menyukarkan anak mengunyah? tidak sedap? 

Tarik selera makan mereka dengan Mealshakes SHAKLEE :)

PM saya
Sazrina
0192866981 (tel/wassap)



No comments:

Post a Comment