Monday 8 September 2014

PUNCA PERIOD TIDAK STABIL

Salam....
Nampaknya ramai yang tertarik dengan entry saya pasal PERIOD BERWARNA COKLAT TANDA HAMIL. Banyak tanda tanya dalam harapan. Terutama bagi yang sedang menanti untuk hamil.
Bagi yang belum berkahwin, tiba-tiba pulak gelabah bila period keluar warna coklat. Adakah saya hamil?? Girls, dont worry... selagi period tu warna dia coklat, pink, merah atau hitam sekalipun ia masih lagi normal. tetapi jika period terlalu banyak sehinggakan kita jadi pucat, lesu cepat-cepatlah jumpa doktor.

Bagi yang sedang menunggu period yang tidak kunjung tiba (tidak stabil@kemungkinan hamil) berikut adalah punca period tidak teratur:

  • KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
  • BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.
  • TERLALU KURUS - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.
  • MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.
  • MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
  • PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.
  • TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
  • PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  • TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
  • MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  • UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
  • KEHAMILAN - Bagi yang menanti, ini adalah sebab haid tidak hadir yang anda tunggu-tunggu. Tahniah!! yeay!!
INGIN DAPATKAN SET KEHAMILAN SHAKLEE?
SET BERPANTANG SHAKLEE?

Hubungi saya
saz - 0192866981