Tuesday 8 December 2015

JOM KURUS DENGAN 4 LANGKAH

Kurus??

Azam saya untuk bulan Disember adalah untuk kurus supaya masuk tahun 2016, saya boleh pakai semula baju kurung thn 2012-2014 tu semula... huhu... sedeyyy. baju raya 2015 pun tersekat-sekat je nak masukkan badan. wuwuwu!!

Saya perlukan kurangkan 2 Kg untuk capai BMI normal (Sekarang OVERWEIGHT! - BMI 25.8!!!).

Macam mana nak kurus? Jom join program diet saya. Nanti kita tengok result dia macam mana. hihi

DETOKS
Badan kena lakukan proses detoxifikasi tubuh sebab 80% penyakit bersumber dari usus kita. Bila usus sudah pulih barulah organ lain akan mengikuti. Buangkan lemak degil yang menempel kat usus kita.


Nah.... ini bahan detoks yang paling mudah!


KAWAL PEMAKANANAN

Kurangkan Karbohidrat esp nasi
Apa kata kita belajar kurangkan nasi dulu sebelum tidak mengambil nasi langsung. terkejut pulak perut bila sehari tak merasa nasi kan. Ambil hujung senduk nasi pun dah cukup. Lebihkan sayur, buah dan lauk.



Makan makanan kaya fiber
  • Melancarkan pencernaan
  • menurunkan kadar kolesterol
  • menurunkan berat badan
  • membuat rasa kenyang lebih lama

Minum air putih
50% dari berat badan.
Contoh:
Berat 60 kg, 50% = 3 liter

Senaman
  1.  Lakukan aktiviti fizikal, sebaik-baiknya 7 kali seminggu. 
  2.  Anda perlu berjalan kaki selama 3 jam untuk membakar 600 kalori daripada sepinggan nasi tomato 
  3. Anda perlu menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit untuk membakar 670 kalori daripada sepinggan kuetiau goreng 
  4. Anda perlu bermain bola selama 1 jam 25 minit untuk membakar 580 kalori daripada sepinggan mee goreng 
  5. Anda perlu berenang selama 3 jam untuk membakar 730 kalori daripada sepinggan char kuetiau 
  6. Anda perlu mengemop lantai selama 2 jam 9 minit untuk membakar 450 kalori daripada semangkuk mee kari 
  7. Anda perlu berjalan tanpa henti selama 10 minit untuk membakar kalori daripada segelas teh tarik 
  8. Anda perlu berjalan 10, 000 langkah sehari untuk membakar 350 kalori daripada sepotong kek coklat 
  9. Untuk membakar lebih kalori tambah kelajuan dan hayun tangan dengan lebih pantas semasa berjalan 
  10. Hayun tanganmu semasa berjalan untuk lebih langsing
SKIPPING!!!!!
Lakukan skipping sebelum tidur dan di waktu pagi.


No comments:

Post a Comment