Sunday 11 January 2015

Pil Tahan Haid sebagai Persediaan Umrah Berkesankah??

Assalamualaikum...
Sudah hampir 3 minggu rupanya saya pulang dr mengerjakan umrah. Ada sesuatu yg ingin saya kongsikan. berkenaan pil tahan haid. yg dh menopous duk diam2 ye. tp yg masih dlm proses nak menopous, means period x stabil cm dlu2 boleh sambung baca :). 
Ada yg kata pil tahan haid x boleh di ambil. sebb dikatakan melawan fitrah n itu juga atas kehendak Allah.
Beberapa pendapat yg sy pernah tanya, wanita patut ambil pil tahan haid. sebelum pergi umrah. berdasarkan kekangan perbelanjaan mengerjakan umrah n kesihatan. ia juga merupakan salah satu usaha supaya kita dpt maksimumkan ibadah kita di Tanah Suci. Wallahualam...

Saya ambil pil thn haid di klinik. pengiraan doktor saya tidak akan didatangi haid andai ambil pil tersebut secara konsisten
Actly, apa yg saya faham konsisten tu maksudnya ambil setiap hari n jgn missed! Tapi rupanya konsisten ikut masa yg di tetapkan. contoh ambil pukul 7.00 pg so kena ambil 7.00 pg juga ikut waktu Malaysia. Maksudnya 7 pagi waktu Malaysia bersamaan pukul 2 pagi waktu di Mekah/ Madinah. (-5 jam)

Saya? ikut suka hati. pagi asalkan pagi. Hmm..... but semuanya juga atas kehendak Allah. Kalau dia nak bg kita period, usaha macam mana pun takkan berhasil. Saya berserah pada Allah.
hari ketiga di Mekah (selepas sekali unrah) tiba2 sy period. tanpa sign. Bohong kalau saya kata saya tak sedih. Saya tak dapat melihat Kaabah lagi andainya period saya berlarutan 7 hari seperi biasa. sedangkan masa yg tinggal di Mekah hanya 6 hari. Saya takkan berkesempatan buat Tawaf Wida' , bersolat dan melihat Kaabah buat kali terakhir. Sedih ! Hanya Allah yg tahu. Tapi selagi berada di Tanah Suci, saya tahu Allah dengar doa-doa saya. Setiap hari smada subuh ataupun maghrib saya akan ke masjidil haram. Duduk bersempit di luar masjid. Masa yg ada saya habiskan dengan zikir, mathurat, dan baca terjemahan alquran yg sy bawa dlm handphone. Sambil tu doa tak putus2 Allah izinkan saya solat di depan Kaabah, buat Tawaf wida' n melambai Kaabah buat kali terakhir.
Subhanallah, pagi hari terakhir sy di Mekah, saya dapati sy suci dr haid. Saat itu tiada lain yg sy rasa melainkan rasa syukur. sesungguhnya Allah maha mendengar. Saya bergegas solat subuh di masjid. siangnya saya berseorangan buat tawaf sunat. Sekali lagi sy rasa terharu, sungguh dalam pada sy byk dosa, Allah masih dengar doa saya. Dengan izin Allah, saya dpt masuk ke hijir ismail. bersolat dan berdoa di Multazam. Subhanallah... sungguh banyaknya kasih sayang Allah pada hambaNya.
Sehingga membuatkan saya rasa malu pada diri sendiri.

# Perkongsian pil tahan period dh jadi pengalaman haid di Tanah suci pula. :)

Sunday 4 January 2015

Rawatan kesuburan bagi yang ingin mendapatkan zuriat

Salam....

Entry kali ni saya nak berkongsi pasal rawatan kesuburan. Ramai yang wassap & respond pada entry saya berkenaan period coklat tanda hamil. Umum tahu yang pasangan yang berkahwin lebih dari setahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat perlu segera mendapatkan nasihat doktor. Dapatkan rawatan kesuburan. So bila ada yang direct tanya saya tentang period yang tidak teratur, masalah kesuburan, warna darah period yang  pelik (tidak sama dengan kebiasaannya - merah), Saya faham N maklum anda mengahrapkan jawapan saya, Ohh... produk Shaklee yang berikut boleh selesaikan masalah kesuburan anda. So next month boleh pregnant. No.... saya tidak akan jawab begitu. Sebab... Zuriat ini urusan Allah. Dan Allah suruh kita berusaha. Dan Dia selesaikan yang seterusnya. Nak makbulkan doa kita lambat, cepat semuanya bergantung pada ALLAH.

Jika anda baru berkahwin, biasalah kita akan expect lepas kahwin.. 2/3 bulan get pregnant. Tapi apa yang kita harapkan tak sama dengan apa yang ALLAH dah rancang untuk kita. Jika anda masih menantikan zuriat, apa yang saya cadangkan:

SUAMI ISTERI PERLU DAPATKAN NASIHAT DOKTOR. 
Produk kesuburan tidak akan membantu kalau ada tidak tahu maslaah sebenar anda. Sebab, biasanya yang hubungi saya mereka akan bertanyakan produk kesuburan untuk wanita. Ini takkan berkesan andainya masalah kesuburan itu datangnya dari pihak suami. Bagi yang tak pernah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan kesuburan, saya sharekan apa yang biasanya doktor akan lakukan & maklumat apa yang anda perlu sediakan sebelum berjumpa doktor ... hihi... preparation le.


1. First meeting doktor akan tanya period cycle anda. Nak tengok trend. So, make sure anda catat tarikh period anda. Jangan risau kalau period anda tak on time. termiss beberapa hari itu masih normal. belum dikategorikan sebagai period bermasaalah.









2. Ada doktor perut isteri dari luar. Nak tengok rahim okay atau tak. Check ada fibroid ke, Cyst ke.




3. Semen Analysis untuk suami melalui air mani. Untuk tengok kualiti dan kuantiti mencukupi. Sperm yang terlalu sedikit menyukarkan isteri untuk hamil. Antara punca sperm tidak berkualiti:


  • Bekerja dalam cuaca panas
  • Kekerapan memakai seluar dalam ketat/jeans
  • Merokok etc.
# sebelum sperm test pastikan anda berpuasa untuk 'bersama' selama 3 hari

4. Kalau semua okay, suami isteri okay doktor akan suggest ambil Clomid.
Apakah clomid?

Clomid diambil oleh wanita yang sukar hamil terutamanya kepada pesakit yang berkait dengan masalah ovulasi seperti PCOS dan juga kes dimana punca kesukaran untuk hamil tidak diketahui. Di samping itu, Clomid juga digunakan sebagai ubat perangsang untuk prosedur IUI (intrauterine insemination).

Clomid bertindak dengan menggalakkan pembentukan dan pertumbuhan fotikel dalam ovari dengan harapan telur menjadi matang dan seterusnya akan berlakulah ovulasi.

Cara pengambilan Clomid:

Makan masa day 2 hingga day 6 period. Ambil waktu pagi atau malam. kena konsisten. Kalau pagi, ambil pagi semuanya.





5.  Scan  @ day 12 period.
Scan dari saluran vagina untuk check sama ada saluran tiub fallopio tersumbat atau tida @ ada abnormal di mana2.


Setakat ini saya share. Melalui pengalaman dan pembacaan saya. Harap dapat membantu bagi anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan rawatan kesuburan.

Klinik Kesuburan yang saya cadangkan:
Klinik Sukhilmi, Senawang, N. Sembilan





Teruskan berdoa & bersangka baik dengan ALLAH :)