Monday 31 August 2015

Kempiskan perut dengan Herb-lax Shaklee

Lepas raya, makan memang tak ingat... actly masa puasa lagi. terasa benar perut naik (bahana terlelap lepas sahur sementara menunggu subuh & habiskan lebihan makanan berbuka). Ramai yg tegur pregnant ke?? walhal x preggy pun. aduii... yg ckp tu pulak student. rasa macam nak cepuk je mulut masing2.

Nampaknya azam memanafaatkan bulan puasa untuk kurus dan sihat tak kesampaian. Mulalah risau. Herblax memang tersimpan dlm laci. jujurnya lama dah tak ambil. sebb tak mahu terkejar2 ke toilet time kelas.

Yup!! Makan 4 biji sblm tidur. Hasilnya bangun awal sblm subuh untuk membuang.  Kat sekolah... jangan cakaplah... rasa berpeluh satu badan. Asyik nak ke toilet. sebab tu sy selalu advise customer makan herblax waktu cuti. 

Kesimpulan:
1. supplemen kena konsisten, makan ikut masa yg diberi. 
2. Nak kurus, air perlu cukup. minum byk air. ada yg kata separuh dr berat kita. cth: berat 50kg - minum 2.5liter. tak kisahla mana2. yg penting cukup air.
3. Bertanyakan shaklee distributor anda ttg sesuatu produk, do & donts. supaya anda dpt maklumat yg lengkap.


P/s: Nak order shaklee? hubungi saya :)

saz
0192866981



Saturday 15 August 2015

RESEPI LASAGNA MUDAH

Assalamualaikum.. Dah berhabuk blog ni nampaknya... saya nak share satu resepi lasagna yang mudah dan senang di buat. Confirm jadi 
Lasagna: Enak dimakan panas. Cubaan ke 2
Bahan-bahan:
Roti gardenia - 9 Keping (Ikut kesesuaian & saiz loyang pembakar)
Daging burger Ramly - (6 keping)
Sos Prego - 1 tin
Bawang holland - 1 biji
Bawang putih - 4 ulas
Lada benggala - 1 biji
 Cheesedale - 6 keping
Mozarella cheese 
Susu segar
Serbuk lada hitam
1st attempt: Nampak kering sebab sos kurang
Herba - Oregano, mixherb
Cara memasak:
Sos:
1. Tumis bawang holland & bawang putih sampai naik bau.
2. Masukkan daging burger (cincang), masak sehingga daging burger garing.
3. Curahkan sos prego, gaul sebati. Tambahkan air, garam, lada hitam, serbuk oregano (mixherb).

Cara penyediaan:
1. Sapukan margerin pada permukaan loyang.
2. Celupkan roti gardenia dalam sus segar dan susun atas loyang, 
3. Ratakan sos atas roti dan taburkan lada benggala yang sudah dihiris nipis.
4. Taburkan cheesedale (diparut atau boleh letak sekeping-sekeping)
5. Ulang langkah 2 & 3 sebanyak 2 kali (3 lapisan roti dan sos)
6. Lapisan atas tabur mozarella cheese sehingga menutup seluruh permukaan sos & roti. Lagi banyak lagi sedap.
7. Bakar - 170c & 15 minit. - sekadar untuk cairkan cheese sebab semua bahan lain sudah siap di masak.

-Siap!

Hasilnya? Nora bagi 5 bintang!! lebih jimat sebab boleh makan untuk 4 orang . :) Superb!!