Monday 30 January 2017

AWAS! SENGGUGUT VS KESUBURAN


Sakit senggugut kerap dialami wanita sama ada beberapa jam sebelum haid atau semasa di awal haid bersama aliran darah.

Senggugut yg biasa dialami adalah seperti berikut:
  • Rasa lenguh dan sakit dibahgian peru, belakang dan sesekali kaki
  • Sakit yg datang secara mencengkam atau sakit secara berterusan atau kedua2nya
  • Tegang payudara
  • Pening kepala
  • Rasa pitam
  • Perut kembung
  • Sembit dan cirit birit
  • Tekanan emosi, letih n cepat marah
  • Kesakitan biasanha dialami 1 hingga 2 hari. Apabila haid sudah lancar, kesakitan akan hilang.
Adakah senggugut menjejaskan kesuburan?
Bergantung kpd apa yg menyebabkan kesakitan itu. Jika kebiasaannya tidak mengalami senggugut namun kini rasa aakit ketika datang haid ia mungkin diaebabkan oleh dysmenorrhoea sekunder. Ini mungkin akan menjejaskan kesuburan anda.

Keadaan yg boleh menjejaskan tiub fallopian anda adalah seperti berikut:


  • Endometriosis -- sel yang melapisi dinding rahim bermigrasi (berpindah) ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid. Selalunya setelah pengaliran haid, ia akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. 
  • Fibroid -- 'tumor' atau ketumbuhan bukan barah dari otot dan tisu dari dalam rahim dan dipengaruhi oleh hormon estrogen.
  • Jangkitan kuman pada organ pelvik (PID) -- keadaan ini disering disabitkan dengan Senggugut Sekunder, tetapi ada juga sebahagiannya sakitnya bereterusan dan tidak berkaitan dengan haid langsung. Kesakitan yang berkaitan dengan Senggugut Sekunder selalunya bersangkut paut dengan aktiviti prostaglandin.
  • Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  • Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita
  • No comments:

    Post a Comment