Thursday, 17 December 2015

Kurus dengan GM diet (Hari keempat dan kelima)

Hari ni  masuk hari kelima saya berdiet dgn GM diet.

Pencapaian setakat hari ni saya dah LOSS 1 kg. Dari 60 kg dah jadi 59 kg.. masih jauh dari aim saya untuk dapatkan 50kg.

Hari keempat GM diet:
Hari ni memang suffer. Seriously. sebab... cuma makan PISANG dan SUSU.
  • Breakfast: dua biji buah pisang dengan segelas susu
  • Slps BF n LUNCH: 2 biji pisang, segelas susu dan air masak (1 liter)
  • LUNCH: Smoothies (Blend segelas susu dengan 4 biji pisang). Rasanya macam aiskrim. Jadi bolehlah hilang rindu nak makan junk food n aiskrim.
  • slps LUNCH dan petang: Lapar gilaaaa....!!! Perut berbunyi. Minum air lagi. dah habis 2 liter. still lapar. Asyik memgulang ke toilet.. haha. Google n google. Boleh makan sup sayur rupanya. Haha... lompat bintang ke dapur. Ada brokoli n cendawan. So buat sup tanpa minyak. campur black pepper n tomato (Bagi nampak kale n naikkan selera). Hirup sup... fuhhh... nikmatnya dapat makan sayur. First time rasa bestnyaaaa sayur.
  • 6.30 petang: Hubby balik. Bawa dua pack nasi. telur bungkus n tomyam. Nasib baik dah kenyang makan sup. tapi still terliur tengok telur bungkus. Nasi?? Dah 4 hari nak makan nasi tak terliur pula. Mungkin sebab mindset dah kata nasi tu akan membunuh program diet saya. So just ambil isi telur bungkus. ada kacang pis, jagung n daging ayam hancur dlm tu. Hirup tomyam cuma ambil cendawan je sebb itu shj sayur yg ada dlm tomyam tu. huhu... selebihnya sambung makan sup brokoli. Nyam-nyam!!
  • Malam: Kelaur pergi mall (sambil tu boleh bakar kalori dengan berjalan) hahahah... balik minum air dan hirup kuah tomyam lagi.
Hari Kelima GM diet:
Hari ni macam best sikit... sebab dari semalam dah tak sabar nak tunggu hari ni. Sebab hari ni kita boleh makan brown rice @ daging... suggested Ikan. and Tomato soup. 


So... saya plan hari ni kita western la. Since hubby ajak p dating hari ni, tengok star wars. Jadi kita buat fish and chips versi grill dan salad. Okay... nanti saya update lagi hasil masakan tu ye.. Kita nk berzumba dulu :)

Kurus dengan GM diet (Hari pertama, kedua dan ketiga)

Semangat utk kurus memang
membara. lagi2 bila fikir baju kerja banyak yg tak muat. So... start isnin lepas saya amalkan GM diet. Program diet ni sehingga 7 hari.

Hari pertama:
Makan buah shj (terutama tembikai) dan air 8 gelas ( saya - 2 liter lebih)


#failed sebab makan bihun goreng pukul 10.30 malam. 240 kalori. terpaksa skipping lepas makan hopefully dpt bakar kalori dr bihun tu

Hari kedua:
Makan sayur2 an dan air. Saya buat soup tomato n kentang rebus. trust me.. kali ni lebih mudah. sebab kentang dah buat kita rasa kenyang n boleh la feel mcm makan potato wedges.

#failed sebab saya makan buah. tak terperasan yg x boleh makan sebarang buah utk hari ke dua. huhu. ini x boleh ampun makan otak-otak. sebb sy fikir otak2 sure tak byk kalori..sekali check ada 189 kalori dlm skeping otak2. kita dh makan 3 keping stgh. wawaaaa.... so skipping semula. dh berhari2 skipping jadi nak skipping jd mudah. 30 kali one shot!! good job saz!

Hari ketiga (hari ni):
makan sayur n buah dan air
Plan saya nak buat sup cendawan campur bayam. harap2 hari ni menjadi... hihi...

Dari pembacaan sy hari ketiga dh boleh nampak effect. harap2 makanan yg terbabas tu still tak kacau diet sy.


Akan bersambung.....


Tuesday, 8 December 2015

KURUS DENGAN SKIPPING



KENAPA SKIPPING?

MACAM MANA NAK SKIPPING??



SELAMAT BERJAYA BERSKIPPING!!

JOM KURUS DENGAN 4 LANGKAH

Kurus??

Azam saya untuk bulan Disember adalah untuk kurus supaya masuk tahun 2016, saya boleh pakai semula baju kurung thn 2012-2014 tu semula... huhu... sedeyyy. baju raya 2015 pun tersekat-sekat je nak masukkan badan. wuwuwu!!

Saya perlukan kurangkan 2 Kg untuk capai BMI normal (Sekarang OVERWEIGHT! - BMI 25.8!!!).

Macam mana nak kurus? Jom join program diet saya. Nanti kita tengok result dia macam mana. hihi

DETOKS
Badan kena lakukan proses detoxifikasi tubuh sebab 80% penyakit bersumber dari usus kita. Bila usus sudah pulih barulah organ lain akan mengikuti. Buangkan lemak degil yang menempel kat usus kita.


Nah.... ini bahan detoks yang paling mudah!


KAWAL PEMAKANANAN

Kurangkan Karbohidrat esp nasi
Apa kata kita belajar kurangkan nasi dulu sebelum tidak mengambil nasi langsung. terkejut pulak perut bila sehari tak merasa nasi kan. Ambil hujung senduk nasi pun dah cukup. Lebihkan sayur, buah dan lauk.



Makan makanan kaya fiber
  • Melancarkan pencernaan
  • menurunkan kadar kolesterol
  • menurunkan berat badan
  • membuat rasa kenyang lebih lama

Minum air putih
50% dari berat badan.
Contoh:
Berat 60 kg, 50% = 3 liter

Senaman
  1.  Lakukan aktiviti fizikal, sebaik-baiknya 7 kali seminggu. 
  2.  Anda perlu berjalan kaki selama 3 jam untuk membakar 600 kalori daripada sepinggan nasi tomato 
  3. Anda perlu menggosok pakaian selama 4 jam 50 minit untuk membakar 670 kalori daripada sepinggan kuetiau goreng 
  4. Anda perlu bermain bola selama 1 jam 25 minit untuk membakar 580 kalori daripada sepinggan mee goreng 
  5. Anda perlu berenang selama 3 jam untuk membakar 730 kalori daripada sepinggan char kuetiau 
  6. Anda perlu mengemop lantai selama 2 jam 9 minit untuk membakar 450 kalori daripada semangkuk mee kari 
  7. Anda perlu berjalan tanpa henti selama 10 minit untuk membakar kalori daripada segelas teh tarik 
  8. Anda perlu berjalan 10, 000 langkah sehari untuk membakar 350 kalori daripada sepotong kek coklat 
  9. Untuk membakar lebih kalori tambah kelajuan dan hayun tangan dengan lebih pantas semasa berjalan 
  10. Hayun tanganmu semasa berjalan untuk lebih langsing
SKIPPING!!!!!
Lakukan skipping sebelum tidur dan di waktu pagi.


Monday, 7 December 2015

MIGRAIN

MIGRAIN???

Punca Migrain
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan pengambilan ubat ubatan
  • haid/pra-haid
  • Pengambilan kafein
  • Pengambilan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat




Cara mengatasi:

DOA, Doa, Doa

B-Complex:
Menambah aliran darah ke otak, anti-stress, riboflavin menambah simpanan tenaga dalam sel otak

Ostematrix:
Transmisi impuls saraf ke otak, kandungan mg yang rendah sering terdapat pada mereka yang migrain





PCOS - HARAPAN UNTUK HAMIL

PCOS - Polysistic Ovary Syndrome
Ketidak seimbangan pada hormon yang memberi kesan pada ovulasi dan kitaran haid.

Hormon yang terlibat:
  • Estrogen dan progesteron: hormon wanita yang membantu ovari wanita melepaskan telur
  • Androgen: Hormon lelaki yang terdpt dalam jumlah kecil di kalangan wanita

Petanda PCOS:
  • Jerawat
  • Masalah ovulasi
  • Masalah kegemukan
  • pertumbuhan bulu yang berlebihan

Gejala lain:
  • Masalah kesuburan - kerana tidak berovelasi. PCOS juga penyebab umum ketidaksuburan perempuan
  • Menstruasi/period yang tidak teratur
  • Peningkatan pertumbuhan rambut atau bulu pada wajah, dada, perut, punggung atau jari kaki
  • cyst di ovari
  • Jerawat, kulit berminyak
  • Peningkatan berat badan, lebihan berat di sekitar pinggang
  • keguguran rambut/botak
  • Kulit pada leher, lengan, payudara atau peha tebal dan berwarna coklat tua atau hitam
  • Lebihan kulit di ketiak atau leher
  • Sering merasa cemas
  • Sesak nafas semasa tidur 
Rawatan untuk PCOS
  • Yoga dengan pemerhatian Yoga expert
  • Kurangkan pengambilan gula
  • minum 8-10 gelas air (caffeine free) setiap hari
  • Pengambilan rendah calori, rendah lemak dan high fiber dalam diet
Bagaimana untuk hamil bagi penghidap PCOS?

Turunkan berat badan, kawal pemakanan dan bersenam.

Kenapa?

Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan masalah kesuburan kerana tisu lemak tambahan menggalakkan rintangan insulin seterusnya menggalakkan pengeluaran androgen yang berlebihan.


Produk Shaklee yang membantu anda berhadapan dengan PCOS:


Gamma Asid Linoleik (GLA) menghalang metabolisme testosteron. berguna untuk mengurangkan jerawat dan pertumbuhan rambut, masalah horman dan haid.

Hubungi saya jika berminat ye
saz
0192866981

Friday, 4 December 2015

UJI KEHAMILAN DENGAN CLOROX??

Entry kali ni tentang bagaimana nak uji kehamilan dengan clorox.

URINE + CLOROX:
Hasilnya:
PREGNANT: Buih banyak n tahan lama

TAK PREGNANT: Buih sikit atau tak buih langsung.

Mesti ada yg kata test ni x valid n tak boleh percaya 100%. Tapi ada juga yg resultnya tepat seperti menggunakan upt

Nak percaya atau tidak terpulang masing2. hihi... sebabnya kita faham, bg yg sedang menunggu bertahun2 rasa mcm dh tak lalu lg dah nak beli test pack kat kedai. so ini cara paling jimat. kalau negatif dh x perlu beli upt dh. tapi kalau positif boleh lah p beli upt tu dengan debaran (sebb takut harapan palsu dgn keputusan clorox).

Saya dh cuba. Hari ni period sy dah 17 hari lewat. bulan lepas 14 hari. Tak tahu kenapa dua bulan ni mcm ting tong period cycle saya. so x nak letak harapan. tp sy buat juga test urine + clorox tu.

Result:
29/11/2015- Tiada buih langsung
5/12/2015 - Buih byk dan bergas.

Kalau refer result kedua mcm positif. Tapi spt biasa jgn letakkan harapan terlalu tinggi. cuma dalam hati hanya Allah yg tahu.

Teruskan berdoa dan berdoa
Anda yg sedang membaca entry saya kali ni, mohon doakan saya. semoga kita yg sedg sama2 menanti dikurniakan Allah anugerah terindah ini.


PROMOSI SHAKLEE DISEMBER 2015

PENUTUP 2015 YG MENGANCAN

Apa yg shaklee tawarkan utk hujung thn ni?
#Badan yg cantik
#Kulit yg mulus berseri

Oh... anak2 yg sihat