Wednesday, 27 March 2013

KENALI TANDA ANDA SEDANG STRESS

Anda stress? Jom kenali sama ada anda stress atau tidak berdasarkan perubahan-perubahan pada diri anda seperti yang berikut:



SO STRESSSSS!@!!!!

Kerap gigit bibir.
Mulut dan tekak mudah kering.
Kerap jilat bibir.
Sering ketap gigi dan geraham. Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau sengal.
Menarik nafas lebih yg perlu, hingga membawa pada banyak sendawa atau perut kembung.
Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.
Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada. Tekanan darah meningkat.
Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.
Nadi laju.
Susah lelap untuk tidur. Mudah letih.
Suka mengetuk-ngetuk meja dgn kuku.
Percakapan laju.
Menggigit kuku. Kerap mengkebil mata.
Mata atau kening mata sering bergerak. Ketawa tidak menentu.
Suka menghentak lantai dgn kaki. Buang air besar tidak menentu.
Kerap buang air kecil. Pusingan haid yg tidak menentu.

2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN
Kuat makan.
Selera untuk gula-gula meningkat.
Mudah hendak mendekati arak. Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.

3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Mudah membenci.
Sukar hendak mempercayai orang lain. Hilang minat dalam hubungan kelamin.
Sukar meniâ??Mati keakraban. Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.
Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah jawatan berbanding kita. Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.

4. KESAN ATAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI
Bunyi pintu ditutup dengan kuat.
Bunyi telefon berdering. Bunyi wang syiling.
Bunyi kunci.
Suara orang lain mengeluh.
Bunyi kertas bergesel.
5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP

Bersikap negatif dan pesimis.
Mudah sedih dan gusar. Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.
Hilang arah hidup. Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.
Merasa bakhil. Tidak kasihan terhadap orang lain.
Mudah tersinggung. Mudah bimbang.
Sukar memberi tumpuan. Mudah merasa malu.
Mudah merasa salah. Mudah merasa tercabar.
Kurang sabar. Hilang maruah dan martabat diri.
Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.


6. BAHASA TUBUH TANDA-TANDA STRESS
Bahu meninggi dari biasa.
Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.
 Tangan mudah menggigil.
Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa. Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.
Mengerut kening.
Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap dari biasa.
Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.
Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.
Menggenggam tangan sambil bercakap.
Lengan menyilang perut.
Tangan tidak boleh berdiam.
Buat kerja dengan gerakan bising.
Kelipan mata yang lebih laju.
Kurang senyum.

No comments:

Post a Comment