Monday, 15 July 2013

PEDIH ULU HATI

PEDIH ULU HATI
Sakit di bahagian perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. kesakitan tersebut ialah disebabkan oleh asid perut. didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati sekurang-kurangnya 10% mengalaminya setiap hari.

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda@simptom kehadaman termasuklah:
# Rasa tidak selesa, sakit atau kejang di bahagian perut
#Sendawa
# Rasa loya dan tiada selera makan
# Rasa kembung dan penuh di bahagian perut



PENYEBAB PEDIH ULU HATI :
 
 
Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus.  Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.
 
Pedih ulu hati biasanya terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar. Rasa sakit biasanya berkurang dalam keadaan berdiri tegak, meminum air atau menelan air liur ataupun mengambil antasid (peneutral asid dalam perut).
 
FAKTOR DAN RISIKO :
 
·         Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah           dan coklat.
·         Pengambilan alcohol dan kafein.
·         Makan dalam kuantiti yang banyak dan tidak mengunyah dengan perlahan.
·         Melakukan aktiviti fizikal sejurus selepas makan.
·         Diet rendah serat.
·         Mengalami tekanan dan kemurungan.
·         Berlebihan berat badan.
·         Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat).
·         Mengandung.
·         Merokok.
·         Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs),             alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline).
       
Perubahan diet dan cara hidup boleh membantu mengurangkan dan menghalang simptom-simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman termasuklah:
 
·         Makan makanan yang kurang lemak dan kurang pedas, coklat, rasa pudina dan makanan-                 makanan lain yang diketahui boleh menyebabkan simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
·         Makan dalam kuantiti yang sedikit.
·         Makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
·         Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein (contohnya kopi, teh atau cola). 
·         Jangan makan 2-3 jam sebelum tidur.
·         Jangan berbaring selepas makan.
·         Elakkan memakai pakaian yang ketat di bahagian pinggang.
·         Tinggikan sedikit bahagian kepala semasa berbaring sekiranya mengalami simptom.
·         Tidak melebihi berat badan ideal.
·         Jangan merokok.
·         Amalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tekanan.

Atasi Pedih Ulu Hati anda dengan 
ALFAFA & PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi saya :)

No comments:

Post a Comment