- Sukat air masak dalam botol sebanyak 2 liter dan mulai meminumnya semasa berbuka sehinggalah waktu imsak. Jika mampu boleh minum 2.5- 3 liter air. Kekurangan air adalah punca utama kita akan berasa tidak sihat dan keletihan semasa berpuasa.
- Pastikan anda mengambil banyak protein misalnya kekacang, daging dan telur. (Anda boleh mengambil ESP , Mealshakes, Cinch bagi mendapatkan protein yang cukup)
- Protein amat diperlukan dalam tumbesaran bayi selain ianya memberi tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat.
- Elakkan makanan bergula kerana ianya akan menyebabkan paras gula tinggi dan rendah secara mendadak yang menyebabkan anda berasa pening atau pitam.
- Elakkan makan makanan bergoreng dan berlemak contohnya samosa, popia goreng dan lain-lain. Ini kerana makanan berminyak dan berlemak mempunyai khasiat yang rendah walaupun mengenyangkan.
- Kurangkan atau lebih baik elakkan daripada meminum kopi dan the. Ia mengandungi kafein yang boleh menyebabkan anda kehilangan air melalui diuretic (kencing).
- Makanlah 3 biji kurma sebagai penambah tenaga dan minumlah susu.
- Elakkan berjalan jauh dan elakkan dari terdedah kepada cuaca panas kerana ia mempercepatkan dehidrasi.
- Kurangkan kerja-kerja berat.
- Tingkatkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia membantu dalam memberirasa kenyang yang lebih lama.
- Perbanyakkan membaca Al- Quran, berzikir dan mendirikan solat sunat.
- Ambil supplemen tambahan jika perlu disamping memastikan anda makan vitamin mengandung anda.
- Supplemen tambahan cadangan kami ketika berpuasa :
Bersahur: Mighty 3 Gems ( ESP + Meal Shakes +
Performance Drink) + Oat .
Selepas Berbuka :
Omega Guard + B Complex + VitaLea + Vita C
No comments:
Post a Comment