Saturday, 4 January 2014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI : BOOK REVIEW

SHARING: MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI oleh Fathuri Salehuddin

Antara ringkasan buku ini:
Rezeki adalah hal ghaib. Kita tidak tahu bila datangnya.Rezeki bermacam-macam bukan sekadar harta sahaja. Menjemput rezeki lebih mudah dari mencari rezeki. Bermakna rezeki sudah tersedia, kita cuma perlu menjemputnya. Mudah kan?
Menjemput rezeki lebih mudah dari mencari  rezeki.

Kenapa dan Bagaimana?
Kerana kita tahu pemberi rezeki hanya Allah SWT. Jadi kita cuma perlu buat apa yang Allah suruh & berusaha dekatkan diri dengannya supaya di kasih  dan sayang  pada kita.

Antara cara menjemput rezeki paling mudah:
1. Zikir - basahkan lidah dengan berzikir.
2. Doa - Doa dengan bersungguh-sungguh. Allah suka hambaNya yang merayu, merintih padaNya. Cuma Dia untuk kita bergantung harap. Bermohon sepenuh hati. Adakala kita menangis   dalam berdoa, itu antara tanda doa dimakbulkan. Teruskan berdoa dan jangan berhenti dari terus berdoa.

Tapi, ada kalanya juga kita sudah bersungguh-sungguh berdoa tapi masih Allah belum memakbulkan doa kita. Allah maha mengetahui bila masa yang paling tepat untuk makbulkan doa kita.

Boleh jadi Dia tangguhkan doa kita sebab kita belum bersedia, jika diberi akan mendatangkan kemudaratan kepada kita atau adakah kita benar-benar ikhlas ketika berdoa?
# Sob... sob... peringatan untuk saya juga

No comments:

Post a Comment