Kaitan CoQ10 dan Kesuburan Suami Isteri yang Mesti Anda
Tahu.
Koenzim Q10 atau CoQ10, adalah bahan yang ditemui di dalam
mitokondria semua sel-sel, yang menjelaskan mengapa ia juga dikenali sebagai
ubiquinone, ia adalah ubiquitous (berada di mana-mana) di dalam badan.
Mitokondria adalah sumber pengeluar tenaga untuk sel dan CoQ10 adalah penting
untuk menghasilkanadenosina trifosfat atau ATP, yang merupakan sumber utama
tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein. Badan kita semakin
kurang menghasilkan CoQ10 kerana faktor umur dan kajian menunjukkan bahawa mengambil
CoQ10 tambahan mempunyai manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kesuburan
pada lelaki dan mungkin, pada wanita.
Mengapa perlukan CoQ10 untuk kesuburan?
Menurut "Biochemical, Physiological and Molecular
Aspects of Human Nutrition," jantung, otak dan hati memerlukan bekalan
tenaga yang paling banyak untuk berfungsi dengan baik seterusnya memerlukan
jumlah CoQ10 paling tinggi, namun organ-organ pembiakan juga memerlukannya. Badan
menghasilkan paling banyak CoQ10 pada usia 21 secara puratanya, iaitu pada
tahap manusia paling subur.
Menurut "Human Biochemistry and Disease,"
kesuburan mungkin berkait rapat dengan tahap CoQ10 kerana telur wanita
bergantung kepada mitokondria yang kaya dengan coQ10 untuk bekalan tenaga sel
mereka, tenaga ini semakin berkurangan selari dengan faktor umur. Selain itu,
sel-sel sperma sebahagian besarnya diperbuat daripada protein dan bergantung
kepada CoQ10 untuk sintesis. CoQ10 juga merupakan antioksidan yang kuat dan
mungkin dapat melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif dan
toksik.
CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita
Dalam wanita, proses mengekalkan telur, ovulating dan
membangunkan embrio memerlukan tenaga banyak dan berkualiti. Ia boleh
dipengaruhi dengan kandungan CoQ10 dalam sel telur. Satu kajian telah
dijalankan ke atas tikus dan disiarkan dalam edisi 2009 "Fertility and
Sterility."
Melalui kajian dari Kanada, tikus betina tua diberi CoQ10
dan lain-lain makanan tambahan yangmerangsang pengeluaran mitokondria dan
kualiti telur mereka telah diukur terhadap kumpulan plasebo. Para penyelidik
dari Pusat Toronto bagi Teknologi Reproduktif mendapati bahawa suplemen
CoQ10meningkatkan kuantiti dan kualiti telur ovulated dalam kumpulan ujian.
Bagaimanapun, bahawa hasil kajian haiwan mungkin tidak sama kepada manusia.
Kesan CoQ10 pada kesuburan lelaki juga telah dibuat kajian.
Satu kajian Iran telah diterbitkan dalam edisi 2009 "The Journal of Urology"
dan mengkaji kesan 300mg dos harian
CoQ10 kepada lelaki yang mempunyai masalah kemandulan. Selepas enam
bulan diberi suplemen CoQ10, penyelidik membuat kesimpulan bahawa terdapat
peningkatan yang ketara dalam kedua-dua pergerakan dan kepadatan sel-sel
sperma.
Satu kajian Itali telah diterbitkan dalam edisi 2009
"Fertility and Sterility" dan meneliti kesan daripada 200mg dos
harian CoQ10 kepada lelaki yang
mempunyai masalah kesuburan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun. Para
penyelidik mendapati bahawa selepas enam bulan daripada suplemen CoQ10,
kandungan air mani dan sel-sel sperma telah meningkat. Selain itu, pergerakan
sel-sel sperma didapati meningkat, terutamanya dalam orang-orang yang mempunyai
kandungan CoQ10 yang rendah pada awalnya.
sumber :
http://yourhealthybody.jillianmichaels.com/coenzyme-q10-fertility-3523.html
Shaklee menawarkan produk baru untuk bekalan CoQ10 anda
iaitu CoQHealth Plus.
Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mendaftarlah sebagai ahli untuk harga yang lebih jimat
Sazrina
tel/wassap: 0192866981
No comments:
Post a Comment