Wednesday 27 March 2013

Kelainan Payudara yang Tidak Merbahaya

Jom kita baca info ni...saya pernah merasanya n mungkin anda pun pernah terkena. time tu la sibuk menggoogle tentang BREAST CANCER. But then, bila terjumpa info ni rasa lega la jugak. Info ni saya kutip dari http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/PenyakitPayudara/kelainan.htm n saya copy di sini. boleh??

Anda mungkin pernah ataupun mempunyai simptom-simptom tersebut…
  • Adakah anda merasa ketulan, benjolan ataupun kawasan yang “keras” di payudara anda?
  • Adakah payudara anda berasa sakit ataupun terasa sakit bila disentuh (sensitif)?
  • Adakah kesakitan payudara (mastalgia) menjadi lebih kuat apabila anda kedatangan haid?
  • Adakah kesakitan itu berterusan dan tidak mengikuti kitaran haid?
  • Adakah anda perlu memakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit payudara?
  • Adakah kelainan payudara anda menjejaskan perhubungan anda dengan suami anda?


Jika jawapan anda 'ya' bagi mana-mana soalan di atas, jgn risau. sebab anda mungkin tidak menghidap penyakit yang merbahaya atau keadaan ini lebih dikenali sebagai kelainan payudara yang tidak merbahaya..

Payudara Anda

Payudara adalah kelenjar yang terdiri daripada banyak saluran (ducts) yang dikelilingi oleh lobus (lobes) tisu-tisu kelenjar dan tisu lemak. Peranan utamanya ialah membuat dan mengeluarkan susu. Payudara dipengaruhi oleh hormon seks wanita yang dikeluarkan oleh ovari. Hormon-hormon inilah yang menyebabkan payudara membesar dan berubah mengikut kitaran haid dan juga keadaan mengandung.

Oleh kerana jumlah hormon-hormon ini berubah semasa kitaran haid, ramai wanita akan merasa perubahan pada payudara mereka.


Berapa kerapkah kelainan payudara tidak merbahaya ini berlaku?
Doktor mendapati ramai pesakit mengalami keadaan payudara ini. Kebanyakan wanita mempunyai struktur tisu yang membolehkan keadaan ini berlaku. Oleh itu, ini merupakan penyakit yang paling kerap menimpa payudara!


Apakah kelainan payudara yang tidak merbahaya?
Kelainan ini adalah “penyakit” bukan kanser (barah) yang boleh terjadi pada sebelah atau kedua-dua belah payudara. Ia selalunya dikenali dengan adanya ketulan ataupun ketulan berisi cecair (cyst) ataupun sista.

Ia boleh terjadi di satu bahagian payudara atau melibatkan keseluruhan payudara. Ia boleh menimbul sebagai satu atau banyak ketulan berisi cecair. Ketulan ini mungkin terasa sakit atau hanya terasa sakit apabila disentuh. Ia juga mungkin hilang terus untuk seketika dan timbul semula kemudiannya.

Perubahan hormon akan menyebabkan kelainan payudara berubah-ubah, terutama perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid. Kelainan ini boleh terjadi di semua peringkat umur selepas kehadiran haid tetapi ia lebih kerap di antara umur 30 tahun dan umur tamat datang haid (menopause). Kelainan ini akan menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur, di mana pengeluaran hormon dari ovari telah mencapai tahap maksima untuk beberapa tahun. Ia akan berkurangan selepas putus haid dan kebanyakan kelainan payudara akan hilang dalam masa 1 atau 2 tahun kecuali jika wanita tersebut mendapat rawatan estrogen tambahan. Sesetengah wanita akan mengidap ketulan berisi cecair sehingga tua, walau apapun rawatan diberikan.


Apa yang menyebabkan kelainan ini?
Mengapa penyakit ini terjadi masih belum diketahui, tetapi keadaan ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangnya hormon seks wanita. Ia tidak akan terjadi sebelum umur mula datang haid dan akan berkurangan selepas umur tamat haid (menopause).


Bagaimana saya tahu bahawa saya mengidapinya?
Kelainan ini selalunya dikenali semasa wanita berjumpa doktor untuk pemeriksaan atau semasa cuba mendapat rawatan kerana kesakitan atau terasa sakit apabila disentuh atau ketulan pada payudara yang dirasai semasa melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

Dalam keadaan ini doktor anda akan melakukan beberapa ujian atau merujuk anda ke doktor pakar. Ujian-ujian ini termasuk ujian radiologi seperti mamogram atau X Ray payudara dan ultrasound. Satu lagi ujian ialah menyedut keluar cecair dari ketulan tersebut untuk pemeriksaan makmal dengan mengunakan jarum. Doktor pakar mungkin akan melakukan satu pembedahan kecil yang dipanggil biopsi di mana tisu dari ketulan akan diambil untuk diperiksa. Kalaulah ketulan anda sangat besar ataupun menunjukkan ciri-ciri yang meragukan, doktor pakar mungkin melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut.

Sekiranya keputusan ujian tidak menunjukkan kanser, doktor anda akan memberitahu anda berita baik ini dan memberi nasihat seterusnya. Anda harus bertenang semasa menunggu keputusan pemeriksaan ini. Ia merupakan perkara yang biasa, kalaulah anda dinasihati untuk menjumpai doktor anda tiap tahun atau beberapa bulan sekali. Ini bergantung kepada keputusan patologi yang diterima dan simptom yang anda mengalami walaupun diagnosanya bukanlah barah/kanser.


Apakah rawatannya?
Sekiranya kesakitan tidak keterlaluan, atau hanya datang untuk beberapa hari dalam sebulan, kebanyakan doktor akan mencadangkan cara mudah untuk merawatnya. Gunakanlah coli yang baik dan memakai pakaian yang tidak ketat.

Anda juga mungkin akan dinasihatkan agar mengurangkan pengambilan kopi, teh dan 'cola' di mana kandungan kaffein boleh memburukkan keadaan. Kawal juga kandungan gula dalam makanan anda. Jika kesakitan payudara (mastalgia) berterusan, anda mungkin akan diberi ubat mengurangkan cecair di badan (Diuretic) atau ubat penahan sakit.

“Rawatan” tersebut di atas hanya dapat mengurangkan rasa sakit untuk sementara waktu.

Apabila kesakitan payudara menjadi lebih kuat sehingga menyekat aktiviti fisikal anda (berlari, menari atau senaman lain), rawatan yang lebih khusus mungkin diperlukan. Rawatan ini termasuklah memakan ubat yang telah biasa digunakan untuk memberi kesan jangka panjang menghilangkan rasa sakit pada keadaan kelainan ini. Ubat ini akan mengurangkan pengeluaran hormon di mana ia akan memberi peluang payudara anda berehat.



THAT"S IT...so kalau masih lagi ragu2 boleh berjumpa dengan doktor untuk pengesahan ye:)

No comments:

Post a Comment