Thursday 1 August 2013

GLAUKOMA a.k.a Glaucoma - Punca dan cara mrerawatnya Shaklee

GLAUKOMA

Glaukoma ialah keadaan dimana terjadi kerosakkan pada saraf optik dan diikuti gangguan pada pandangan dan biasanya disebabkan tekanan bola mata yang tinggi.  Dalam kata lain tekanan cecair di dalam bola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakkan saraf.

Saraf optik selalunya mengandungi jutaan saraf fiber yang menghubungkan mata dan otak. Ia juga sebahagian daripada retina yang memberi penglihatan.

Penyakit pada saraf penglihatan yang menyebabkan pandangan menjadi sempit dan berakhir dengan kehilangan penglihatan. Glaukoma merupakan penyakit kedua yang menyebabkan buta selepas katarak di kebanyakkan negara.

Tanda-tanda glaukoma

  • Ruang penglihatan menjadi kecil
  • penglihatan kabur dan rabun
  • kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap
  • kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang
Faktor-Faktor Glaukoma


  1. Usia - lebih terdedah kepada yg berusia 40 tahun ke atas
  2. Keluarga terdekat penghidap glaukoma
  3. Penderita rabun jauh (myopia tinggi)
  4. Diabetes melitus
  5. Penggunaan steroid yang lama- penderita asma
  6. Hipertensi
  7. Pesakit migrain.
Rawatan yang diberikan adalah ubtuk mengurangkan tekanan di dalam mata kepada nilai yang normal, dan seterusnya mengelakkan saraf optik daripada terus rosak. Rawatan yang biasa digunakan ialah ubat titik mata (eyedrops), laser, pembedahan atau pil.

Ubat Titik Mata (eyedrops)
Ubat eyedrops Beta adrenergic antagonist seperti timolol, cartelol (Ocupress) dan metipanolol merupalan antara ubat yang berkesan untuk merawat glaucoma.

Rawatan laser
Digunakan untuk merawat glaukoma sudut terbuka dan tertutup dengan laser dan teknik yang berlainan. Prosedur ini biasanya cepat dan tidak sakit. Ianya tidak memerlukan ubat bius seluruh badan dan tidak perlu dimasukkan ke dalam wad. Kejayaan prosedur ini berbeza bagi setiap individu. kadang2 ubat titis mata diperlukan selepas laser tetapi dalam dos yang rendah.

Pembedahan

Pembedahan adalah untuk menghasilkan sebuah lubang yang kecil di dinding mata supaya air boleh dilepaskan keluar dari mata di bawah bahagian conjuctiva. Dari situ air itu akan mengalir masuk ke dalam saluran darah. Sete;ah pembedahan ini, sesorang biasanya boleg berhentikan ubat glaukoma tetapi kadang -kadang satu antara lima orang perlu sambung menggunakan ubat tersebut.

Secara amnya rawatan ini mestilah mengikut nasihat dan pandangan pakar perubatan untuk mendapat kesan penyembuhan semaksimum mungkin.

Bagi mereka yang menghidap glaukoma, anda mungkin mahu mencuba CAROTOMAX SHAKLEE sebagai ikhtiar alternatif anda untuk mengatasi masalah ini.

Hubungi saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai carotomax
SAzrina 
0192866981
FB: Sazrina Elias




No comments:

Post a Comment