Friday 31 May 2013

RESDUNG

APAKAH RESDUNG?

Dari sudut saintifik ia adalah virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Mengalirkan darah kotor yang menjadi punca pada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kerosakan kepada organ-organ lain dalam badan.Juga dikenali sebagai 'sinusitis'.



Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

>> Hidung tersumbat dan berbau busuk
>> Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
>> Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
>> Kerap bersin terutama di waktu pagi
>> Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
>> Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
>> Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
>> Kerap sakit kepala atau migrain

Thursday 30 May 2013

AMARAN..DO & DONT'S - CADANGAN PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE

CADANGAN PENGAMBILAN VITAMIN SHAKLEE
Waktu
Cadangan Pengambilan
Pagi
 B Complex dan Vitalea untuk memberi kesegaran dan ‘mood’ yang baik.
Minum Pagi
 ESP
Tengah Hari
 Vitamin C dan Alfalfa atau Lecithin
Minum Petang
  ESP
Makan Malam
Lecithin/Kalsium/Vitamin E, Herb-Lax
Supplement
Cadangan Pengambilan
Zinc
Seminggu dua kali kecuali mereka yang ada masalah rambut yang serius.
Nutriferon
Seminggu sepeket setiap hari (Kecuali waktu sakit).
Meal shake
Boleh dibancuh dengan ESP dan PD jika ada.
Alfalfa
Ambil ikut kesesuaian.Untuk ibu menyusu, masa terbaik selepas pam di ambil bersama ESP.
Lelaki juga boleh guna jadual ini mengikut kesesuaian.
DO
  1. Pengambilan air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Minum air putih yang di masak, sekurang-kurangnya 3L sehari
  2. Ambil vitamin mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan buah pinggang anda terbeban dengan pengambilan vitamin yang banyak pada satu-satu masa.
  3. Elakkan pengambilan vitamin (supplemen) bersama ubat
  4. VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak.
  5. OSTEMATRIX (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.
  6. LECITHIN : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

DONT'S

1. JANGAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa.

2. JANGAN Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya.

3. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin &  mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

4. JANGAN Mengambil suplemen bersama minuman berkafein kerana inaya mengurangkan kadar penyerapan suplemen secara efiesien!

5. JANGAN BANCUH protin (ESP) dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi

6. Jangan ambil ESP lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)


Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

SUSTAINED RELEASE VITA C 500mg


Kenapa Vitamin C shaklee?
Setiap Tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut kedalam tubuh setiap jam. Setiap 2 tablet Vitamin Shaklee (di dalam jurang masa 5 jam ) mampu kekal dalam darah selama 24 jam.

Manfaat Utama
  1. Membentu kolagen - menghalang kedut & otot menjadi lembik
  2. Memperbaiki simptom pendarahan - kekurangan vutamin C menyebabkan gusi berdarah, lebam kulit, pemulihan kecederaan lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  3. Peningkatan sistem imun - membina sel darah merah, kukuhkan sistem imun, kurangkan simptom selsema.
  4. Memerangi kanser - ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa , mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk mengawal sel-sel kanser dan membuang kimia bahaya dari tubuh kita dengan berkesan.
  5. Mencantikkan kulit- pengambilan setiap hari menjadikan kulit lebih cerah, lambatkan penuaan, sekat pembentukan pigmen.
  6. Memperbaiki insomnia - perbaiki insomnia, stress, keresahan
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - kurangkan kolestrol dan tekanan darah, kekalkan kapilari darah sihat, halang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral & skurvi

Monday 27 May 2013

B-COMPLEX...kenapa harus pilih??


Jom baca sikit tentang B-Complex.
 
B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. kesemua 8 vitamin ini perlu ada pada vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan dan kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

~ Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma

~
Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.

~
Vitamin B3~Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental

~
Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang

~
Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..

~
Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan

~
Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

FOLIK ASID KESUBURAN & KEHAMILAN

Apakah Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan Vitamin B iaitu B9 yang dapat membantu membina sel-sel baru dalam tubuh, membina sel DNA dan memperbaiki sel DNA yang telah rosak.

Asid Folik ubat kesuburan?
Jawapannya tidak. Tapi ada beberapa kajian mengatakan asid folik dapat membantu kesuburan.

Kenapa Asid folik perlu untuk bayi dalam kandungan?

Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecatatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Folik asid yang tidak mencukupi menyebabkan tempurung kepala bayi tidak dapat membentuk dengan sempurna

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambik 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari dan teruskan sehingga 12 minggu yang pertama kehamila.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Pengambilan makanan seperti diatas adakalanya sukar untuk dipatuhi. cara yang lebih mudah dapatkan asid folic dalam bentuk tablet di farmasi dan lebih baik di rangkaian SHAKLEE. Baca selanjutnya mengenai B-COMPLEX shaklee yang mengandungi ASID FOLIK

Zink Complex dan JERAWAT??

Salam ...
Semalam saya dah buat experimen pada my husb..haha...jerawat tiba2 menyerang muka si dia & besar pulak tu.ohh...mungkin jerawat batu.actly dia memg punya masalah jerawat di zaman remaja. so sekarang tinggal kesan saja lah.tp jerawat yang besar ni buatkan saya pun rasa cm nk tolong padamkan dari muka dia.(haha...kalau boleh la)..Jerawat batu tu pecah bila dia basuh muka. so keluar air yg saya rasa nanah kot.urrmmmmm...mbe sebabkan dia bekerja di tengah panas, berpeluh menyebabkan kulit jd lebih sensitif. Alkisahnya bila jerawat tu pecah si dia asyik pegang tisu.dan jerawat tu bertukar menjadi luka. Kesian saya tengokkan. Bila ada something kt muka yg tak berapa nak menyeronokkan ni nk kemana2 pun tak syok kan..walaupun lelaki yg kita rasa tak kisahkan pasal kecantikan. Jadinya hari tu suami saya pergi kenduri kawin dengan rasa tak best n tak selesa.

Balik rumah saya suruh dia basuh muka bersih2.time basuh tu buatla apa yg patut kt tempat jerawat tu. ini yg biasa saya buat. Kalau nak picit jerawat pastikan buat di bilik air@sink. Tangan kita akan sentiasa bersih. Kalau jerawat baru nak mula, saya akan picit sampai keluar ketul putih tu. Memg ada yang kata tunggu sampai dia 'masak' nanti pecah sendiri. Ohh..saya tak sanggup mcm tu..nanti jd 'spotlight' pulak. jgn asyik sentuh muka time berjerawat ni ....nanti lg teruk.

Saya ada terbaca Zink Complex boleh sembuhkan luka. Hmm...itu yg saya terfikir pd waktu tu. Apa lagi...saya minta suami letak serbuk zink complex yg kt dalam botol tu..ada tips suruh kita pecahkan zink complex tu. tp x payahla kan amik mana yg ada je.. so letak kat tempat jerawat. Saya tak tahu boleh atau tidak idea ni..tp itu yg saya rasakan boleh di buat.experiment kan...kalau x berjaya pun x jadi ape pun. yg penting jerawat tu kering.

Esoknya ada perubahan pada jerawat suami...betu!!!l zink tu buatkan jerawat tu jadi kering. dan sekarang luka akibat jerawat tu beransur pulih.tp...balik kerja tadi suami saya mengeluh. Luka kat jari akibat terkena pisau 2 hari lepas masih belum sembuh. dunt worry....zink complex kan ada..hahaha


Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita.
 

Sunday 26 May 2013

SET PENYUSUAN 3M

KANDUNGAN SET 3 M SHAKLEE

Vitalea ( with Iron Formula)multivitamin dan multimineral,
- mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian,
- mengekalkan kesihatan yang baik

- formulasi lengkap dengan zat besi. B12 membantu pembentukan sel darah merah
- Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.

B-complex
- mengandungi semua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk asid folik
- B Complex penting untuk metabolism dimana menukarkan makanan kepada tenaga, meninggikan sistem pertahanan badan, mengimbangi hormon, membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang. - Ianya juga membantu mengelakkan kulit kusam

 Vitamin C Sustained Released
* bertindak sebagai anti-oksidan.
* mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah,
* penting untuk pembentukkan kolagen (hasilkan kulit cantik dan mulus).
* Ia juga penting untuk meningkatkan system imun.
* Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu  dilepaskan secara perlahan-lahan. Percaya atau tidak, Vitamin C ini benar-benar membantu mengurangkan/menghilangkan stretch marks!

 Ostematrix (klik untuk lebih info)
* membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan   
   penjagaan tulang dan gigi.
* mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam
   memelihara kesihatan yang baik.
*Minumim 1000mg kalsium diperlukan dalam diet harian ibu menyusu.


 Alfalfa Complex (klik untuk lebih info)
* Raja Segala Tumbuhan,
*  sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar 
* sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan,
*  membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE


 Energizing Soy Protein(klik untuk lebih info)
* Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll. * * Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). 
* Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk 
   menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 
* Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang 
   mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh 
   tubuh badan manusia.
*membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia   
  mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan
  seharian. 
* Selain membantu dalam penyusuan ibu, bayi cepat kenyang, protein juga membantu anjalkan kulit, elak 
   payudara kendur. 

Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
  • melegakan senak perut
  • membantu penghadaman
  • mabuk laut/darat
  • melegakan kesakitan cirit birit dan gastrik
  • melegakan sakit period
  • melegakan mual atau loya angin ketika mengandung
  • membuang angin dalam badan
  • menyamankan perut
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Saturday 25 May 2013

DARAH HAID HITAM?NORMAL ATAU PETANDA PENYAKIT??

Masalah haid kdg2 merungsingkan kita. kitaran yang tidak teratur, haid yang datang dengan senggugut yang teruk, haid yang hadir dengan warna coklat dan hitam membuatkan kita jadi keliru. Time tu mula la pikir mcm2. Penyakit ke? normal ke tidak? yelah...dalaman kan. kdg2 benda mcm ni tak boleh dibiarkan. betul tak?

Ada kawan bertanya sekiranya keluar darah haid berwarna hitam normal atau tak? kesian member tu...rungsing bebenor nampaknya.ada masa free saya google kan untuk dia. at last jumpa cerita pasal darah haid berwarna hitam ni. ok jom baca:

Dari pendapat doktor

Darah haid terdiri atas komponen cairan darah, lendir, dan jaringan dinding rahim (endometrium). Warna darah haid, memang tidak selalu merah segar, tapi kdg2 agak kecoklatan atau kehitaman. Warna ini sendiri dipengaruhi oleh keadaan cairan Miss V.

Penampilan akan lebih kemerahan jika komposisi darah lebih banyak. Warnanya  pudar kecoklatan jika lendir lebih banyak. Dan, warna jadi kehitaman jika jaringannya yang lebih banyak. Jumlah darah haid dan komponennya pun boleh berubah bergantung keadaan perempuan saat mengalami haid. Misalnya, jika seorang perempuan sedang menderita anemia atau kurang darah, maka warna darah haidnya akan lebih kehitaman.


Yang jelas, kriteria haid normal lebih dilihat dari waktu period yang terjadi setiap 21-40 hari, dengan jangka masa 1-10 hari, dan jumlah pad yang digunakan 1-6 pad per hari. Bukan dari warna darah yang merah, hitam, atau coklat.

Gla Complex untuk merawat masalah period yang tidak stabil dan digunakan untuk kesuburan. Memanjangkan jangka masa pengeluaran cairan yang biasanya keluar pada waktu subur. seterusnya me ningkatkan peluang untuk hamil.
Dari pendapat ulamak
Apakah warna darah haid?Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.


PERIOD MASIH TIDAK MENENTU?
DAPATKAN GLA COMPLEX.
sazelias@yahoo.com
ID 893512
whatsapp/tel:0192866981