Saturday 28 September 2013

HAMIL DENGAN RAHIM TERBALIK @ RETROVERTED UTERUS

Salam...
Masalah rahim terbalik? Dua kawan saya menghadapi masalah ni. Tapi sebenarnya ini bukan masalah. Menurut data 20% daripada wanita dunia mengalami rahim terbalik. Kiranya macam variasi manusia. Ada rambut kerinting, ada rambut lurus, ada yang kulit putih, ada yang kulit hitam. Rahim terbalik sering dikaitkan dengan masalah kesukaran untuk mengandung tetapi bukan masalah kesuburan.

KEADAAN RAHIM TERBALIK


Kedudukan rahim normal terletak mencondong sujud kehadapan.
















TANDA-TANDA RAHIM TERBALIK

  • Sakit sewaktu berhubungan bersama suami
          Kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus)  lantaran kedudukan rahim yang terbalik.
  • Rasa sakit semasa haid
          Rasa sakit di bahagian rahim dan sekitar pinggang
  • Sakit pinggang yang kronik
          Sekiranya tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, sakit pinggang yang kronik itu mungkin berpunca dripada rahim terbalik.

Apa yang perlu dilakukan?
Kadang2 ada sesetengah orang tak mengalami keadaan di atas tetapi cuma tahu rahim terbalik apabila membuat pemeriksaan doktor. 

Berbalik kisah awal kawan saya tadi, doktor mencadangkan kedua-duanya membuat laparoscopy. Apa dia laparoscopy ni? boleh baca kat bawah ni ye. Pada masa yang sama doktor untuk memastikan sama ada endometriosis, or masalah lain pada rahim dan keadaan rahim terbalik dapat diketahui dengan jelas.


Keadaan rahim terbalik menyebabkan risiko pendarahan di awal kehamilan dan berisiko tinggi melahirkan anak secara pembedahan. Antara rawatan bagi rahim terbalik ialah pembedahan uplift atau vetro-suspension. Kaedah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekkan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali ke kedudukan yang betul.

Antara kaedah lain ialah:
1. Ubat tahan sakit
2. Menukar posisi hubungan kelamin jika ingin bersama
3. Pessary - alat seperti cincin di letakkan di faraj yang bertujuan menyokong kedudukan rahim yang     betul
4. Hysterectomy - jika sakit teramat teruk, dicadangkan pembedahan membuang rahim. masih boleh       mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakkkan

Bagi yang mengalami rahim terbalik, jangan risau ye. macam yang saya katakan tadi setiap daripada kita dilahirkan berbeza2. so anggaplah rahim terbalik sebagai salah satu perbezaan setiap kejadian yang ALLAH ciptakan. dont sad ok. ada caranya untuk pregnant dengan rahim terbalik. keep 'googling' ok.

Selain itu, pengambilan supplemen membantu juga. Sesetengah orang mempunyai rahim terbalik dan penghasilan sperma yang sedikit dan tak aktif. Jadi bagi yang mengalami keadaan ini, boleh ambil
VITA E  n ZINK COMPLEX SHAKLEE (Kedua-dua nya untuk menghasilkan sperm yang berkualiti dan aktif)

Kesimpulannya RAHIM TERBALIK MASIH BOLEH HAMIL. Kena dengan teknik dan cara serta di bantu oleh supplemen yang sesuai. Yang penting DOA dan USAHA. InsyaALLAH, Dia akan mendengar setiap doa hamba-NYA. 

STAY POSITIF!! Semoga mendapat keputusan yang POSITIF juga!

untu pertanyaan mengenai produk SHAKLEE hubungi saya:
Saz- tel/wassap:0192866981









No comments:

Post a Comment