Saturday 28 September 2013

BELUM ADA ZURIAT? Bagaimana untuk jadi POSITIF

Salam...

Bila cerita pasal anak, saya cuba untuk kelihatan sekuat yang boleh. Tapi dalam hati ALLAH tahu apa yang berselirat dalam jiwa saya waktu tu. 
Tapi ramai kawan komen saya nampak sangat POSITIF. 

Perempuan mana yang tidak inginkan kelahiran anak sebagai penyeri rumah tangga. Saya sudah berkahwin hampir 4 tahun, saya pernah mengalami keguguran bila usia kandungan hampir 2 bulan. Berbagai cara saya usaha untuk mengandung semula, berurut, buat rawatan islam, makan jamu dan sekarang hampir 9 bulan saya mengamalkan pengambilan set kesuburan SHAKLEE tapi ternyata rancangan ALLAH untuk saya adalah tidak seperti yang saya inginkan. 

POSITIF? 

Bila fikir pasal zuriat, saya sentiasa cuba fikir yang baik-baik. Kadang2 hati saya terdetik juga. Saya tahu kadang-kadang syaitan berbisik di telinga suruh saya bersangka buruk dengan ALLAH. Saya tanamkan dalam diri saya 'Samaada baik atau buruk yang kita dapat, selalulah bersangka baik dengan ALLAH'

1. Kenapa ALLAH lambat berikan saya zuriat?
Saya pernah terbaca, ALLAH lambat berikan apa yang kita minta sebab dia tahu apa yag  ada disebaliknya. Mungkin DIA berikan kita rezeki lewat, anak yang diberikan itu anak yang soleh/solehah. Saya jadi lebih bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu, saya lebih menghargai zuriat itu nanti. Jadi bersyukurlah...saya masih ada harapan unutk mempunyai zuriat.

2. Bagaimana ditakdirkan saya tiada zuriat? Kenapa saya diuji tanpa zuriat?
Sabarlah hati. ALLAH tidak memberikan kita zuriat bukan tandanya di murka pada kita tapi percayalah ALLAH tahu apa yang terbaik. DIA lah yang berkuasa. Dia uji kita kerana Dia tahu kita mampu menggalas setiap ujian yang diberinya. Dia uji kita untuk kita sentiasa dekat dengannya. Syukur ya ALLAH...saya diuji dengan ujian yang masih boleh buat saya tersenyum dan gembira setiap hari.

3. Kenapa orang lain mudah sangat dapat zuriat? Sama umur dengan saya dah ada anak dua. sedangkan berkahwin lewat dari saya.
Sabarlah hati. ALLAH sudah cukup adil kerana berikan saya suami yang baik dan penyayang, berikan saya pekerjaan dengan gaji yang baik, berikan saya ibu bapa dan keluarga yang baik, berikan saya rakan-rakan yang baik. Saya dikelilingi orang-orang yang baik. Syukur ya ALLAH... kau berikan ku rezeki melimpah ruah.

4. Jika saya meninggal dunia satu hari nanti, siapa yang akan mendoakan saya kelak? siapa yang akan menguruskan jenazah saya sedangkan saya tidak mempunyai anak?
Sabarlah hati. Anak bukan jaminan ke syurga. Memang sudah jelas ada 3 amalan yang boleh di bawa ke kubur iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah dan mempunyai anak-anak yang soleh. Saya seorang guru, dan setiap hari saya berdoa semoga setiap ilmu yang saya curah kan buat anak murid saya dimanfaatkan sebaiknya. Sedekah saya tak tentu dan saya cuba untuk jadi lebih pemurah...semoga tanpa anak yang soleh saya masih mampu melangkah kesyurga dengan dua amalan saya ini.

5. Apa yang menyebabkan saya POSITIF?
Saya ada seorang rakan wanita. Diberi ujian bergelar janda pada saat bayinya masih dalam kandungan. dan bekas suaminya terus menghilangkan diri. Kawan saya besarkan anaknya seorang diri. sehingga umur 6 tahun anak kawan saya disahkan menghidap kanser tulang. Dari Gemas kawan saya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur untuk menguruskan rawatan anaknya. dan beliau terpaksa cuti tanpa gaji.

Jika dibandingkan dengan kisah kawan saya, ujian saya saya terima tak sehebat dengan ujian kawan saya tersebut. Tapi dia masih meniti setiap hari dalam hidupnya dengan positif. Dia masih lagi update setiap status FB nya dengan syukur kepada ALLAH. Saya attachkan aura positif kawan saya ini untuk kita kongsi bersama:


Kita diuji, sebenarnya ALLAH saya pada kita. Dia nak sedarkan kita dari terus lalai. menghargai apa yang kita ada. BERSYUKURLAH...

Post ini juga untuk renungan saya juga. Bila sedih saya suka baca kata-kata yang positif. Kita boleh berhenti tanya 'Kenapa ALLAH beri ujian pada kita'... tapi kita tanyalah 'Bagaimana nak tarik keredhaan ALLAH pada kita'.

Semoga kita sama-sama menjadi lebih POSITIF. BERSYUKUR dan REDHA dengan ketentuan ALLAH. 

Terima kasih kerana sudi membaca coretan saya 
SAZ- 0192866981

No comments:

Post a Comment