Saturday 16 March 2013

KLIK DISINI: JENIS KANSER DAN TANDA-TANDA

SALAM...semalam saya sempat melihat siaran ulangan Primadona. Tajuknya Pembunuh no. 1 di dunia...bukan pembunuh bersiri tau..tp penyakit KANSER. sambil tgk saya pun terfikir jugak adakah saya salah seorang daripada penghidap atau bakal menghidap penyakit kanser yg memang digeruni oleh semua wanita ni. Apatah lagi 2 orang makcik belah ibu dan ayah saya sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara dan seorang sepupu saya telah meninggal dunia akibat penyakit ini. Jadi hari ini saya curi-curi masa untuk menggoogle tentang jenis-jenis penyakit kanser dan tanda-tandanya. Risau jugak kan...dalam dia kita ada potensi untuk menghidap penyakit ini. Jadi ..mencegah lebih baik dari menubati. Jom baca:-

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di
buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

Apa yg saya dapati, hampir keseluruhannya tanda awal ialah hilang selera makan dan turun berat badan. jd jika anda bukanlah sedang dalam proses menurunkan berat badan iaitu mengamalkan diet tetapi berat badan turun secara mendadak lebih baik pergi check. Peringatan untuk saya juga....:)

Sesiapa yang teringin nak tengok episod Primadona tersebut oleh klik kt link di bawah ye. Banyak kita boleh sedut. Primadona Episod 19:

No comments:

Post a Comment