Monday 27 May 2013

FOLIK ASID KESUBURAN & KEHAMILAN

Apakah Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan Vitamin B iaitu B9 yang dapat membantu membina sel-sel baru dalam tubuh, membina sel DNA dan memperbaiki sel DNA yang telah rosak.

Asid Folik ubat kesuburan?
Jawapannya tidak. Tapi ada beberapa kajian mengatakan asid folik dapat membantu kesuburan.

Kenapa Asid folik perlu untuk bayi dalam kandungan?

Asid folik membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecatatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.



Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Folik asid yang tidak mencukupi menyebabkan tempurung kepala bayi tidak dapat membentuk dengan sempurna

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambik 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari dan teruskan sehingga 12 minggu yang pertama kehamila.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Pengambilan makanan seperti diatas adakalanya sukar untuk dipatuhi. cara yang lebih mudah dapatkan asid folic dalam bentuk tablet di farmasi dan lebih baik di rangkaian SHAKLEE. Baca selanjutnya mengenai B-COMPLEX shaklee yang mengandungi ASID FOLIK

No comments:

Post a Comment