Wednesday 6 March 2013

LUPA - CARA ATASI

Anda mempunyai penyakit mudah lupa? kdg2 saya mengalami benda yg sama. terasa diri mcm dah nyanyuk sebab selalu sgt lupa mana saya letakkan barang. Kalau sikit2 biasalah kan.sebab Rasulullah S.A.W bersabda yg bernaksud: “Sesungguhnya aku adalah manusia seperti kamu, aku lupa sepertimana kamu lupa. Apabila aku lupa maka peringatila aku”. Manusia sendiri dalam bahasa arab dipanggil ‘insan’ dan pengertiannya didalam bahasa arab adalah ‘lupa’ sebab itulah Ibnu Abbas mengatakan “sesungguhnya manusia dipanggil insan kerana sifat lupanya sebab itu dikatakan bahawa sifat lupa adalah fitrah manusia.

Penyakit lupa kalau tidak di atasi dibimbangi akan menggangu urusan harian kita..bygkan due date kerja yg sepatutnya kita siapkan tetapi dek kerana lupa kita x dapat siapkan.ha ...x ke haru?? jom kita cek apa yg boleh kita buat untuk atasi masalah lupa sama ada anda di masih muda remaja ataupun dah berusia.

1. Ambil sarapan pagi 
Bila kita skip sarapan, paras gula dlama darah akan menjadi rendah. Ini akan menjadikan bekalan nutrisi pada otak berkurangan seterusnya menyebabkan otak lemah dan kurang aktif.
2. Jangan makan berlebihan 
Perasan tak kalau kita makan berlebihan kita akan cepat rasa mengantuk?bila makan berlebihan ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Jangan Merokok
Awas!! merokok boleh menyebabkan alzheimer sebab asap rokok menyebabkan sel-sel otak terjejas.

4. Elakkan Penggunaan gula yang berlebihan
Kurangkan pengambilan gula sebab gula yang berlebihan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. seterusnya mengganggu perkembangan otak yang sihat.
6. Elakkan tidur  berlebihan

7. Elakkan Menutup muka ketika tidur
ini menyebabkan kita menyedut karbin dioksida yg berlebihan.so x bagus untuk otak.

8. Jangan biarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
bila kita x sihat otak juga memerlukan rehat yg cukup.sayangi otak anda..berikan masa otak untuk berehat:))
9. Elakkan Kurang berimaginasi
Kanak-kanak memg suka berimaginasi. itu menunjukkan otak mereka sedang berkembang. jom berimaginasi mcm kanak-knk. tp jgn imaginasi yg bukan-bukan sudah la.
10. Elakkan Jarang berfikir
Berfikir, berfikir dan berfikir supaya otak kita lebih cerdas. main game yg memerlukan otak kita supaya berfikir spt sudoku, crossword puzzle, chess dll.


CARA MENGUATKAN INGATAN
  1. Menuntut ilmu secara konsisten. Hadir ke majlis ilmu seperti kuliah, berusrah dan membaca buku-buku ilmiah yang berkualiti.
  2. Membiasakan agar menghafaz ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis, kata-kata ulama, fakta-fakta tentang kehidupan dan sya'ir-sya'ir.
  3. Bergaul dengan orang-orang cerdik pandai.
  4. Mengelakkan memakan makanan yang masam, kepala ikan dan makanan yang dimasuki semut.
  5. Menjauhi melihat aurat sendiri secara kerap dan lebih-lebih lagi aurat orang lain.
  6. Kerap bersugi. Mulla Ali Al-Qari menerangkan terdapat banyak faedah kayu sugi dan di antaranya dapat mencerahkan mata.
  7. Membanyakkan berdoa agar dikurniakan ingatan yang kuat.
  8. Melatih diri agar sentiasa fokus dalam apa jua yang dilakukan.
  9. Mengambil supplement seperti madu, ginko biloba, kismis dan sebagainya yang menyumbang kepada peningkatan ingatan.di sini saya syorkan SHAKLEE - OMEGA GUARD yang mengandungi 7 jenis asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan lain2 lagi. DHA ialah nutrien utama untuk otak membantu untuk meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran dan mencegah penyakit alzheimer.
  10. Berdamping dengan pakar-pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment